Tuesday, 18 October 2011

Bas "Double Decker" Melaka sudah masuk muzium ( Artikel bahasa Inggeris )

In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessing and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w

Every self will taste death. You would be paid your wages in full on the Day of Rising. Anyone who is distanced from the Fire and admitted to the Garden has triumphed. The life of this world is just the enjoyment of delusion. - Qur'an, 3:185

ON my way to and from work, the express bus in which I travel would pass a huge building which houses exhibition lots at one side of Lebuh Selandar-Sungai Udang. A few lots of the building are occupied by the Melaka Transportation Museum. From the road I could see a few vehicles inside the museum as its wall was made of glass.

For weeks now, outside the building, there stands a double decked red bus - one of the two 'infamous' old London bus bought by the state government slightly more than three years ago. These two buses (made in 1981) were imported from London Bus Export in 2007, with each costing RM200,000. For more than a year now, both buses are no longer plying the tourist belt in the historical city.

It is a sad episode indeed after spending some RM500,000 (including installing air conditioners amounting to RM56,000 and major repair works), the old buses are not running on the Melaka roads as initially planned. Imagine the buses could only be used for a period of less than three years; so was it a smart idea for the state government to spend hundreds thousand of ringgit just to buy those 'junk' items?

One of the old buses was spotted outside the Melaka Transportation Museum, left idle there; but where is other one? Recently Melaka Chief Minister, Dato' Seri Mohd Ali Rustam unveiled mysteries surrounding those 'lost' London old buses.

Acknowledging that both buses are out of service for now, he informed that one of them would be made a temporary exhibit at the Melaka Transportation Museum in Ayer Keroh. So, the bus I saw outside the museum was 'readied' to be exhibited there. But for weeks now, it was left in the shine and rain outside the building.

It was reported in a local press recently that the bus which would be placed temporary at the museum now belongs to the Hang Tuah Jaya Municipal Council (MPHTJ). The other bus is owned by the Melaka Historical City Council (MBMB). Previously, both buses were operated by Panorama Cultural & Tourism Sdn Bhd (PMCT), the Melaka State government investment arm.

The MPHTJ's bus had been out of service and left idle at MBMB compound since September last year as the replacement parts were costly and difficult to get as they had to be imported from England.

Ali said it was better to make the bus part of the museum's exhibits than to leave it idle while waiting for the spare parts to arrive. "We have to think carefully about what to do with the bus due to the cost incurred and we have to ensure that we make a pragmatic decision when ordering the replacement parts," the paper quoted Ali as saying.

For 'old bus lovers', don't feel sad and down as there is good news about the other bus; Mohd Ali announced that it is undergoing repairs at a workshop in Sungai Udang and it is expected to resume operations soon.

It is undergoing repairs at a cost of RM140,000! Melaka City Mayor, Zainal Abu confirmed the cost incurred to repair MBMB bus was RM140,000 as the replacement parts had to be imported. Wow, the cost of repairing the bus is almost equals to its price tag! So, what’s a brilliant idea and way of spending the people's money.

Regarding the MPHTJ bus, council president, Sapiah Haron said that RM40,000 would be allocated for the repairs on its bus. Thus, thousands and thousands of ringgit had and would be spend on those two London buses which started its services on August 14, 2007.

The buses, then run by PMCT frequently broke down, and as result had been stalled since September last year. In short they were roadworthy only for a few years; the big question is who purpose and decide that the state government to buy those 'old buses'?

Why only now do the top guns acknowledge and realize that it was difficult and expensive to get the bus spare parts and not had thought of ahead about it when they embarked on the project in 2007?

While the two old London buses are out of service, PMCT now runs a fleet of Panorama buses servicing Melaka city and the surrounding areas. It was reported recently that the state government had spent some RM2.35 million in purchasing 10 new 40-seater coaches from Scomi Engineering & Logistics Sdn Bhd for its Panorama bus service in a move to upgrade Melaka’s public transportation system.

If the Melaka 'infamous' London buses are 'grounded', the state's main bus terminal, sections of Melaka Sentral is now under heavy repair works especially its express bus platforms since the ground is sinking.

At one section of the platform, an area of about four meters by two meters had been closed to the public since it was under repair; tiles were removed while the floors have been drilled and now left with half a meter deep hole to make way for new concrete works and slabs.

The sinking condition of the platform is not subjected to that section only but almost all areas where passengers would board the buses.

The bus platforms in Melaka Sentral had started showing cracks several years ago even though it had only been used since May 2004 after being officially opened by the then Prime Minister, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Melaka Sentral sits on 46.6 acres of land in Peringgit, cost RM53 million to build, consists of three main components – the bus and taxi terminals, the central market and the bazaar. Now ugly cracks could be seen along the bus boarding platforms.

Tiles are broken; their sharp edges posing a danger to unsuspecting passengers. The uneven floor due to the sinking ground condition; has made the condition worse.

Some time ago the central market building too was declared unsafe and was closed to give way to repair works after cracks were found in the building. During that period traders had to do business in the market parking lot.

Sumber tulisan asal : Blog LanH

Thursday, 13 October 2011

Babi masuk kawasan rumah di Jasin, penduduk hilang sabar

SERKAM - Penduduk di Jalan Mutiara 3, Kampung Pulai, di sini, hampir hilang sabar setelah lebih tiga tahun dihantui masalah perparitan tersumbat yang bukan sahaja menjadi tempat pembiakan nyamuk, malah mengundang kehadiran babi hutan di kawasan rumah.

Penduduk Roslan Abd Wahid, 45, berkata, parit yang tersumbat itu menyebabkan kawasan dapur rumahnya dinaiki air setiap kali hujan lebat dan memberi tekanan kepada mereka sekeluarga untuk membersihkan rumah.

Menurutnya, dia juga tidak sanggup lagi menghidu bau busuk air takungan parit berkenaan akibat pengaliran air daripada ternakan kambing berhampiran rumahnya.

“Saya dah tak sanggup asyik dihantui masalah ini. Sudah bertahun kami bersabar namun masalah sehingga sekarang tidak dapat diatasi.

“Air parit yang tidak mengalir menyebabkan nyamuk semakin banyak dan risau jika menjadi tempat pembiakan Aedes kerana anak saya pernah suspek demam denggi sebelum ini,” katanya.

Bagi Haslina Dorahim, 40, pula, mereka bukan sahaja berdepan masalah parit, malah sejak bulan lalu mereka sentiasa dalam ketakutan apabila setiap malam rumah mereka diserang sekumpulan babi hutan.

Katanya, bukan sahaja pokok bunga menjadi mangsa, malah mereka juga bimbang sekiranya haiwan itu menyerang mereka lebih-lebih lagi mempunyai anak kecil.

“Sebelum ini tak pernah ada masalah babi hutan, tapi sejak raya lalu lebih 10 ekor babi hutan datang ke kawasan rumah setiap malam.

“Saya risau keselamatan anak-anak dan berharap pihak berkenaan dapat melakukan sesuatu sebelum kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu Adun Serkam, Datuk Ghazale Mohamad berkata, wakil pihaknya telah turun padang membuat tinjauan di lokasi terbabit.

Menurutnya, pihaknya akan berusaha untuk mendapat peruntukan dari Pejabat Daerah Jasin bagi menggantikan sistem pembetungan baru pada akhir bulan ini atau awal tahun depan.

“Kita prihatin dengan masalah dihadapi penduduk dan wakil Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Serkam telah turun padanng untuk mengambil tindakan segera.

“Manakala masalah babi hutan saya akan panjangkan kepada Jabatan Perhilitan dan Rela bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Saturday, 8 October 2011

Setelah Markas PAS Bukit Katil, kini Markas PAS As-Solihin Merlimau pula ingin dirampas

MELAKA: Tindakan Kerajaan Negeri Melaka yang ingin mengambil tanah Markas PAS As-Solihin, Merlimau, di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 merupakan satu lagi usaha jahat Umno-BN dan ia dibantah pelbagai pihak.

Ini merupakan pengambilan kali kedua Markas PAS Kawasan di Melaka di bawah akta yang sama dengan menggunakan alasan ingin membina sekolah tahfiz al-Quran manakala bagi pengambilan tanah Markas PAS Bukit Katil sebelum ini, bertujuan membina jalan raya.

Menurut pemilik tanah, Miah Jani, 74, bahawa beliau membantah keras dan tidak bersetuju terhadap tindakan tersebut kerana daripada awal begitu bersusah payah untuk membelinya tetapi dengan tiba-tiba ingin diambil kerajaan negeri.

“Saya beli dengan bersusah payah dan rancang nak bangunkan tapi tiba-tiba dia rampas pula, tanah ini bukan tanah terbiar. Sejak daripada awal dah ada Pasti As-Solihin dan diimarahkan dengan pelbagai aktiviti PAS serta kemasyarakatan, orang ramai bergotong-royong untuk hidupkan aktiviti PAS dan masyarakat di situ, saya tidak reda dengan tindakan ini,”ujarnya.



Markas PAS As-Solihin yang ingin dirampas oleh kerajaan negeri Melaka



Menurut suaminya, Abdullah Mohamad, 76, beliau sekeluarga memberi kebenaran tanah itu untuk dijadikan Markas PAS dan Pasti sejak 1996 serta segala aktiviti yang berkaitannya.

“Saya bantah dan tak setuju kerana saya dah rancang dengan pemaju untuk bangunkan tanah itu dengan projek perumahan yang sedang dijalankan,” kata beliau.

Bagi anaknya, Mubin Abdullah, 44, tindakan itu bakal mengakibatkan kerugian pada pihak beliau kerana melibatkan dua lot rumah yang sedang dibangunkan pemaju.

“Dua lot rumah yang terlibat itu siapa yang nak tanggung kerugiannya, kalau nak bagi duit pun kita tak nak sebab matlamat Umno memang nak hapuskan Markas PAS di situ,” katanya.

Salah seorang pengasas Markas As-Solihin, Mejar (B) Hashim Salleh berkata, markas itu dibangunkan hasil daripada gotong-royong ahli-ahli PAS pada 1993 dengan menambak tanah dan membina bangunan yang sedia ada.

“Ada yang sumbang wang, tenaga serta masa bersama-sama membangunkannya daripada kawasan pokok getah hingga menjadi seperti sekarang dan pergorbanan mereka hanya Allah yang membalasnya.

“Tapi mereka yang tak tahu malu ini datang nak merampas tanah ini dengan pelbagai helah dan tergamak menggunakan Akta Tanah 1960 bagi menjayakan usaha jahat itu,” dakwanya.



Petikan daripada Harakah keluaran 18 - 20 SYAWAL 1432 / 16 - 18 SEPTEMBER 2011

Wednesday, 5 October 2011

Perang Mak Nyah di Melaka !

MELAKA – Mak nyah-mak nyah tempatan di negeri ini meluahkan kekecewaan apabila ‘kawasan jajahan’ mereka di Taman Melaka Raya dirampas mak nyah negara asing.

Salah seorang mak nyah tempatan yang mengelar dirinya Shasa memberitahu wartawan The Star, persaingan adalah amat sengit.

“Yang dari luar negara yakni kebanyakannya dari Indonesia tidak takut dengan kami sebab mereka ada penjaga. Kami ada penjaga kami juga tetapi pendatang ini kuat dan mereka lebih ramai dari kami,” kata Shasa.

Tinjauan ke taman berkenaan menemukan kumpulan mak nyah yang berpakaian seksi dan mekap yang tebal.

Kebanyakkan mak nyah asing berkenaan dipercayai memasuki negara ini menggunakan visa pelajar atau visa pekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Kebajikan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, mak nyah asing melihat Taman Melaka Raya sebagai ‘lombong emas’ kerana ia menjadi tumpuan pelancong.

“Kami tahu mengenai mereka dan kami bersedia menawarkan kaunselling serta sokongan emosi,” katanya.

Norpipah mengulas mengenai laporan The Star Isnin lalu bahawa sebahagian besar mak nyah telah memindahkan operasi mereka ke hab komersial negeri berkenaan.

Akibat persaingan, sebahagian mereka turut memainkan peranan sebagai pemandu pelancong sebagai kaedah kreatif untuk mendapatkan pelanggan.

Norpipah menambah, kerajaan negeri akan mendapatkan bantuan pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan agama Islam negeri bagi memberikan kaunseling kepada para mak nyah berkenaan.

“Mereka memerlukan bantuan, tetapi mereka juga harus tahu apa yang dibuat mereka itu sebenarnya salah,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan juga mendapatkan bantuan Jabatan Imigresen, pihak berkuasa tempatan dan polis untuk memeriksa status para mak nyah berkenaan.

(Sumber: The Star) /Gambar Hiasan

My News Hub

Apa nak jadi komando di Melaka : 35 penagih termasuk 3 tentera direman 14 hari

MELAKA - Seramai 35 penagih yang ditahan di ladang kelapa sawit berhampiran Penjara Sungai Udang kelmarin direman selama dua minggu mulai semalam atas kesalahan mengambil dadah.

Pasangan kekasih berusia 37 dan 18 tahun yang disyaki pengedar pula ditahan reman selama tujuh hari manakala remaja lelaki berusia 16 tahun direman selama empat hari kerana memiliki dadah.

Tiga anggota tentera berusia di antara 26 hingga 30 tahun turut antara yang direman.

Turut direman ialah beberapa penagih yang telah ditahan di ladang kelapa sawit itu kira-kira dua minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Muhammad Koey Abdullah berkata, perintah tahanan reman itu dilakukan mengikut Seksyen 49(1)(b) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) manakala tiga yang ditahan memiliki dadah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai penahanan 40 orang berusia di antara 16 hingga 53 termasuk tiga anggota tentera di mana dua daripadanya lengkap berpakaian seragam dalam serbuan di ladang kelapa sawit berhampiran Penjara Sungai Udang di sini.

Sumber : Kosmo



Lagi Berita Berkaitan :

MELAKA - Hasrat 41 penagih dadah untuk melepaskan gian di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 200 meter dari Penjara Sungai Udang di sini tidak kesampaian apabila mereka ditahan semalam.

Lebih memeranjatkan, tiga anggota komando dari Kem Sungai Udang dan seorang anggota tentera berusia antara 23 hingga 29 tahun turut ditahan dalam operasi yang dinamakan Ops Tapis bermula pukul 6.30 pagi semalam.

Dua daripada mereka lengkap berpakaian seragam askar.

Ketua Unit Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Cif Inspektor Hisham A. Rahman mengetuai operasi selama lima setengah jam itu yang dianggotai 10 orang.

Turut ditahan ialah penganggur, pengawal keselamatan, buruh dan penduduk tempatan berusia antara 18 hingga 57 tahun.

Selain itu, lima lelaki turut ditahan kerana memiliki dadah jenis heroin dalam bentuk paket dan tiub menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan 46 orang.

Sumber : Kosmo

Sunday, 2 October 2011

Apa cerita sekarang Jambatan Styrofoam yang bernilai RM7.5 juta di Melaka !


Jambatan yang dimaksudkan dibina pada tahun 2008 dan siap sepenuhnya pada tahun 2009. Menurut laporan dari forum IMALACCA, Jambatan Hang Jebat di Jalan Tun Mahathir ini menelan belanja RM7.5 juta. Walaupun baru 2 tahun siap dibina namum sudah berlaku keretakan dan kerosakan yang ketara pada strukturnya. Hiasan batu pada sisi jambatan sudah berlaku keretakan dan rekahan panjang juga jelas kelihatan dengan mata kasar.

Paling menggagumkan ialah ada bahagian jambatan tersebut dibina dengan menggunakan styrofoam! Walaupun ‘arc’ di bawah jambatan itu hanya berfungsi sebagai estetika dan bukannya ‘load bearign structure’ penggunaan styrofoam sebagai bahan binaan adalah tidak masuk akal. Lihat sajalah pada dinding jambatan yang terlalu mudah ditebuk kerana styrofoam. Sebelum ini projek ‘Monorail Siput’ juga gagal pada hari pertama. Kini jambatan styrofoam pula mengikut jejak langkah yang sama.

Sumber : Harakahdaily
Lagi Gambar : Berita Semasa.com

Mangsa Kebakaran Perlu Dibantu

MELAKA: PAS tidak pernah mengetepikan masyarakat bukan Islam dalam menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan walaupun wujud perbezaan dari segi agama atau bangsa.

Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak pernah mengambil kira perbezaan agama atau bangsa seseorang di dalam menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Ia selari dengan dasar Islam yang diperjuangkan PAS selama ini, apatah lagi sekiranya mereka sedang ditimpa musibah dan begitu memerlukan pertolongan bagi meneruskan kehidupan.

“Pihak yang bertanggungjawab perlu menyampaikan segera bantuan yang diperlukan kepada mangsa kebakaran atas dasar kemanusiaan walaupun wujud beberapa perbezaan sama ada dari segi bangsa, agama atau fahaman politik,” katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan ihsan kepada keluarga mangsa kebakaran ketika menziarahi dua buah keluarga itu yang terlibat dengan kebakaran di Kampung Durian Tunggal.

“Saya mengharapkan semoga mangsa tabah mengharungi ujian ini dan masyarakat perlu simpati serta menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat ini. Bersyukur kerana kejadian ini tidak meragut nyawa walaupun kebakaran telah menyebabkan kedua-dua buah rumah musnah sama sekali,” ujarnya.

* Sumber : Harakah keluaran 25-27 SYAWAL 1432 / 23-25 SEPTEMBER 2011